Monday, December 28, 2009

Cermin Usang '5'

Suasana pagi sewaktu di zaman persekolahan (waktu sekolah pagi) di Selayang Bharu dirasakan mempunyai aroma yang amat menyegarkan. Waktu itu Selayang Bharu tidak sepadat hari ini, ketenangan pagi amat dirasai. Menyusuri Jalan 11, kita pasti bertembung dengan bas mini nombor 10 yang padat tak ingat. Melihat penumpang berpaut di pintu bas mini atau bas panjang Len 71 tu adalah perkara biasa…………….tak pernah dengar ada yang tersangkut ke , jatuh ke atau lain-lain tragedi yang ngeri hasil daripada fenomena itu. Perhimpunan pagi adalah rutin yang tidak perlu dirakamkan, tetapi sketsa mereka yang datang lewat adalah lebih mengujakan, lebih-lebih lagi kalau ada ‘game’ kejar mengejar. Sebenarnya banyak pengajaran yang ada di situ, setidak-tidaknya untuk pendidikan anak-anak kita. Maklumlah kita 'master' bab-bab datang lewat ni, yang dikejar dan yang mengejar pun sebenarnya tak jauh beza. Di waktu menengah rendah, tingkatan 1 – 3, kita ada jurusan Seni Perusahaan (rindu bau bengkel) bagi murid lelaki, Seni Rumah Tangga bagi murid perempuan, Sains Pertanian dan Perdagangan. Secara peribadi di cermin usia hari ini, rasanya kurikulum pendidikan yang kita lalui dulu agak komprehensif, menuntut peribadi murid di waktu itu mengadaptasikan ilmu yang diturunkan dan perlu dicerna sebaik mungkin, kalau tak ‘sure’ gagal. Berbanding dengan sukatan pendidikan hari ini yang dilalui oleh anak-anak, amat jauh berbeza. Susah untuk jadi cermin pada anak-anak hari ini, kita kena keluar daripada dalam cermin lalu duduk berdamping dengan mereka barulah boleh untuk mula bicara.

Sunday, November 15, 2009

Cermin Usang '4'

Sekitar tahun 1986, selepas peperiksaan SRP, masih tercermin menghadiri satu khemah kerja Qiamullail anjuran Majlis Belia Daerah Gombak di Masjid Frim. Waktu itu, kami berbasikal ke sana, melalui denai hutan Frim (sebab jalan Kepong – Hospital Selayang) belum ada. Memanglah rasa macam terpaksa kerana memang dipaksa. Itulah Qiamullail yang pertama………………InsyaAllah bukanlah yang terakhir.

Agak kabur dalam cermin fikiran akan siapa antara rakan-rakan yang turut sama dipaksa………mungkin mereka yang pergi dulu boleh tampil mengaku. Nak ceritanya di sini, nama je anjuran Majlis Belia Daerah Gombak, tapi yang ada cuma kita-kita je. Maka diberilah input-input Islam kepada mereka yang hadir. Teringin juga nak buat sekali lagi bersama-sama rakan sekolah, nanti kita usahakan. Banyak aktiviti rasmi di sekolah dulu dihadiri oleh batch kita, hanya kerana kita antara batch yang senang dibentuk.

Ini terbukti, selepas 20 tahun terpisah, kita masih boleh dan mampu untuk duduk berkumpul dan merancang dalam bilangan yang amat ramai. Berazamlah rakan-rakan, berikan sesuatu, seandainya baik, ianya akan kekal sebagai amal kebaikan kepada diri kita dan di ketika yang sama membuang apa sahaja yang bakal mengaburi cermin diri kita.

Saturday, November 14, 2009

Friday, September 25, 2009

Cermin Usang '3'

Dalam banyak pertemuan, ada unsur menjuruskan agar kita bergerak dari sisi lain, umpamanya menubuhkan koperasi atau syarikat. Amat kerap kita menerbitkan nawaitu yang pelbagai, inilah cerminan yang perlu kita sama-sama gilap dan lihat apakah refleksinya kembali nanti. Rata-rata memberi reaksi positif malah amat extrim sehingga di satu tahap perbincangan, kita ingin melakukan apa yang dibincangkan itu seolah-olahnya keesokan hari………….tapi tidak kurang juga di setiap perbincangan, kita sering tersasar daripada topik.

Melihat anak-anak yang kian membesar, nampak diraut wajah mereka ada unsur ingin tahu apabila melihat blog kita ini. Begitu ingin tahunya mereka, malah amat menanti-nantikan bilakah kawan-kawan ayah nak buat hari keluarga lagi? Getus mereka setiap kali kami ada aktiviti luar. Tercermin di fikiran, bolehkah kita sandarkan apa yang ada di dalam blog kita ini agar menjadi contoh dan motivasi kepada mereka. Sekali lagi, berpaksikan ini, amat menuntut agar kita berfikir sematang yang mungkin sebelum bertindak, menulis malah meletakkan apa sahaja di dalam blog ini. Inilah sebahagian pengorbanan kecil yang mungkin boleh kita zahirkan buat masa ini. Sehingga di lain ketika……………..

anak-anak kita adalah cermin semulajadi kita.

Thursday, September 24, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Cermin Usang 2

Sejak perjumpaan kita yang pertama, senarai nama-nama yang ingin turut serta berada di pentas ini tidak pernah berkurang. Pertambahan ini amat menggembirakan dan momentum ini amat dirasai. Datang rasa bimbang, bolehkah kita bersama-sama menjaga dan mewarnai pentas ini ke matlamat yang bererti? Seiring dengan itu, mereka yang secara sukarela ingin menyediakan pangkalan data, program-program rasmi, pertemuan-pertemuan yang tidak rasmi, merancang, memberi idea tidak pernah putus-putus dan ini memberi semangat yang sukar untuk dipadamkan. Mendepani semangat ini kita terhidu yang harapan terbanyak adalah menginginkan aktiviti berkala yang tersusun dirancang sebanyak yang mungkin. Walaupun kita pernah menyaksikan undian awal hanya mahukan pertemuan setahun sekali. Sekali lagi menunjukkan bahawa pentas ini memang milik kita bersama. Pendakian ini perlu diteruskan, perancangan kita perlu kita susun sebaik mungkin. Jadikan pertemuan ini satu yang amat berharga, biar kebajikan sesama rakan sebaya dapat kita ertikan setulus mungkin. Di lain ketika cermin usang akan berkongsi kesungguhan dan pengorbanan bagaimana yang boleh kita sumbangkan untuk melihat persatuan/pertubuhan/alumni ini menepati sasaran menurut fasal 4 perlembagaan .

Saturday, August 22, 2009

Setiap tahun Allah SWT memberikan kesempatan yang istimewa kepada hamba-hamba-Nya. Kesempatan itu hádala berkaitan fadhilat yang banyak dalam bulan suci Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan secara fitrahnya hati akan melonjak, roh akan bersinar dan bercahaya serta manusia siap untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, manusia adalah produk dan makhluk ciptaan Allah. Sebagai manusia kadang kala kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Sebagai produk ciptaan-Nya, maka Allah SWT Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan sebagai bulan khusus membersihkan dosa dan menerapkan nilai-nilai yang terpuji sebagai usaha kesinambungan membersihkan diri dan mengembalikan fitrah akhlak manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Selari dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, maka hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling utama, malam-malamnya adalah malam yang paling utama dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Dengan demikian wahai jemaah sekalian, marilah kita dengan niat yang tulus dan hati yang suci memohon dan berdoa agar Allah membimbing kita melakukan puasa dengan penuh agar mampu membentuk insan yang bertaqwa.

Tuesday, August 4, 2009

Cermin Usang '1'

November 2007 menyediakan pentas yang sungguh luas untuk kita menyusun langkah-langkah yang baik dan menyemai semangat untuk bersama-sama memikirkan apa yang baik untuk kita semua. Mari kita berkongsi sebahagian daripada deraf perlembagaan yang kita rangka agar tindakan kita selari dalam apa yang ingin kita lakukan di atas pentas ini.

Fasal 4 TUJUAN/MATLAMAT

1. Menyediakan platform dan saluran kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Selayang Bharu sessi 1984 – 1988 untuk berinteraksi serta bersilaturrahim , berintegrasi dan bertukar-tukar pandangan dalam satu organisasi yang matlamat akhirnya untuk melihat kesinambungan bakat dan kepakaran masakini digembleng untuk memajukan modal insan.

2. Menjaga kebajikan rakan seangkatan melalui sumbangan-sumbangan yang akan diusahakan secara agresif dan teratur serta mencari alternatif terbaik terhadap permasalahan ahli.

3. Mengatur serta menyelaraskan kolokium, latihan, seminar dan bengkel kerja kepada ahli serta anggota keluarga dari masa ke semasa menurut keperluan. Manfaat jati diri dititik beratkan demi menangkis gejala anasir negatif yang meruncing dewasa ini.

4. Menyediakan program usahasama dengan pentadbiran sekolah demi kemajuan prestasi pendidikan warga Sekolah Menengah Selayang Bharu.

Terkini, pendaftar pertubuhan meminta kita menghantar senarai ahli jawatankuasa yang baru untuk tindakan lanjut. Kita penuh yakin yang persatuan/pertubuhan/alumni ini bakal menjadi kenyataan. Pasca ini membolehkan kita bergerak lebih jauh. Sehingga di lain ketika, jadikan cermin usang ini refleksi untuk hijrah yang lebih baik.

Monday, May 18, 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua peserta-peserta Hari Keluarga yang pertama Alumni SMSB 84-88 yang diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson. Alhamdullillah !! semuanya telah berjalan dengan lancar dan memberi kenangan yang indah bersama rakan-rakan.

Moga dapat bertemu lagi di program-program akan datang.




























Thursday, May 7, 2009

Peringatan Kepada Ahli Peserta Hari Keluarga

Untuk makluman semua ;
Pihak AJK telah memutuskan pada Malam Seimbas Kenangan Lalu..

Semua yang hadir akan bertemakan :




*** HAWAIIAN NIGHT ***


Pengumuman ‘Best Dress’ akan di umum kan pada malam tersebut

Senarai Peserta

Senarai nama peserta
HARI KELUARGA ALUMNI SEK. MEN. SELAYANG BHARU
1984 – 1988
D’ PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON
16 – 17 MEI 2009
Pyan Yaacob & Family / Zamry Yunus & Family / Azliana Ibberahim & Family / Ridzuan Hamzah (Ujang) & Family / Man Nasir & Shikin & Family / Khairul Azman & Family / Pauzi Hussin & Family / Norliza ismail & Family/ Faizal Siman & Family / Rodziah Saibun & Family / Salina & Family / Khairuddin Ghazali & Family/ Shuaimi (Tomy) & Family/ Omar Sharif & Family / Shahrom & Family / Rizal Zakaria (Panjang) & Family/ Hasibah Kadir (Ai) / Kazidah & Family / Fadzil Anuar & Family / Aslinda Osman & Family / Mohairi & Family / Hj Zanoordin & Family / Amir Hamzah & Family / Salleh Yun / Bahariah / Khairani & Family / Zul (Pendek)

Monday, April 20, 2009



HARI KELUARGA ALUMNI SEK. MEN. SELAYANG BHARU 1984 – 1988
D’ PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON
16 – 17 MEI 2009

Aturcara :

Hari Pertama 16 Mei 2009

0200ptg : Ketibaan ahli peserta di PNB Ilham Resort.
Pembahagian kunci bilik serta cenderahati

0400ptg : Berkumpul di Taman
Majlis Taklimat
Suai Kenal
Sholat Asar

0500ptg : Seisi Bergambar Kenangan
Sukaneka

0700ptg : Balik ke bilik
Sholat Maghrib

0800mlm : Makan Malam
Sholat Isyak

0900mlm : Malam Seimbas Kenangan Lalu
Pengumuman ‘Best Dress’
Pertandingan Karaoke

1200mlm : Balik ke bilik
Cium Bantal


Hari Kedua 17 Mei 2009

0800pg : Sarapan

0900pg : Aktiviti Bebas

0100ptg : Seisi Bergambar Kenangan lagi..
Majlis Bersurai

Tuesday, March 24, 2009

Borang Biodata / Ahli


Kepada rakan-rakan yang masih berminat untuk menyertai

Hari Keluarga Alumni SMSB 84-88 ...

peryertaan masih terbuka .. apa-apa pon kita boleh bertoleransi sesama kita

** hubungi AJK bertindak **


dan kepada yang belum mengisi borang sila email kan borang di atas kepada:





ROAD MAP ke PNB ILHAM RESORT PD.


Thanks Pojie for the Map...

Sunday, March 22, 2009

TAKZIAH


Berita di terima salah seorang kenalan kita telah menyusuri ke Rahmatullah pada 9hb March 2009 yang lalu. Sesiapa yang mengenali Arwah Nazri bin Yatni, bersama-sama lah kita menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh beliau semoga roh nya di tempat kan bersama-sama orang yang beriman. AMIN. AL- FATIHAH..


Sunday, March 15, 2009

Family Day Ilham Resort (terkini)

Senarai nama peserta yang telah menyetujui untuk ke Family Day Ilham Resort serta nama AJK bertindak.

1) Faizal Siman & Family
2) Pojie & Family
3) Bahazuddin & Family
4) Khairul Azman & Family
5) Tommy & Family
6) Suffian & Family
7) Norasikin & Family
8) Amir Hamzah
9) Ujang & Family
10) Norliza Ismail & Family
11) Azliana & Family
12) Ernie & Family
13) Rodziah & Family
14) ZAmry & Family
15) Omar & Family
16) Mohairi & Family
17) Kudin & Family
18) Hj Nordin & Family
19) Rizal Panjang & Family
20) Salina & Family
21) Sulaiman & Family
22) Syed Rizal
23) Harizan & Family

AJK Bertindak :
Urusetia Peserta : Bahazudin/Syikin
Urusetia Kewangan : KhairulAzman/Pojie
Urusetia Program/Aturcara : Amir/Tommy
Urusetia Cenderahati/T-Shirt : Pyan/Faizal
Urusetia Keselamatan : Ujang/Ishak

Kpd mereka2 yg masih belum lagi menyertakan deposit,sila berbuat demikian ASAP,
atau terus full payment pada akhir bulan March.
Kami masih lagi menantikan kekawan yang lain untuk bersama-sama..
Join the group .. Spread the news ..

Thursday, February 26, 2009

Berita Terkini - Family Day Alumni SMSB 84 - 88

Berita Terkini - Family Day Alumni SMSB 84 - 88

1) Price for family reduce from Rm 450 to Rm 395

2) Date change from 25 & 26 April to 16 & 17 May 2009.

3) Dateline for payment 31/3/2009 (deposit Rm 200) to Bahazuddin 016-2783721 atau Syikin 012-2332842.

lain-lain kemudahan seperti yg diberitahu sebelum ni tak berubah.

Info:
Harap dapat saling membantu untuk acara kali ini dengan menghebahkan kepada semua yang di kenali.
Juga dengan harapan kita dapat beramai-ramai memeriahkan acara tahunan ini untuk mengeratkan lagi tali sillaturahim antara bekas palajar SMSB 84 -88.

Thursday, February 12, 2009

FIRST ALUMNI SMSB 84-88 FAMILY DAY

Perjumpaan Pertama Keluarga Alumni SMSB 84-88 akan diadakan pada 25 & 26 April 2009 (sabtu & Ahad) di PNB ILHAM RESORT Port Dickson.

Bayaran sebanyak RM450 shj untuk 'sekeluarga' merangkumi penginapan , makan malam & sarapan , karaoke , permainan , hadiah dan juga 2 helai t'shirt 'eksklusif' SMSB.
Bayaran deposit RM200 boleh dibuat kepada AJK Bahazudin ( 016 - 2783721 ) sebelum 26 Feb 2009 . Baki seterus nya perlu diselesaikan sebelum 31 Mar 2009.

Untuk maklumat selanjutnya boleh lah hubungi AJK bertindak seperti di bawah :
Khairul Azman => 019 - 362 9391
Faizal => 012 - 2397588
Bahazudin => 016 - 2783721
Pojie => 012 - 6673127