Tuesday, September 8, 2009

Cermin Usang 2

Sejak perjumpaan kita yang pertama, senarai nama-nama yang ingin turut serta berada di pentas ini tidak pernah berkurang. Pertambahan ini amat menggembirakan dan momentum ini amat dirasai. Datang rasa bimbang, bolehkah kita bersama-sama menjaga dan mewarnai pentas ini ke matlamat yang bererti? Seiring dengan itu, mereka yang secara sukarela ingin menyediakan pangkalan data, program-program rasmi, pertemuan-pertemuan yang tidak rasmi, merancang, memberi idea tidak pernah putus-putus dan ini memberi semangat yang sukar untuk dipadamkan. Mendepani semangat ini kita terhidu yang harapan terbanyak adalah menginginkan aktiviti berkala yang tersusun dirancang sebanyak yang mungkin. Walaupun kita pernah menyaksikan undian awal hanya mahukan pertemuan setahun sekali. Sekali lagi menunjukkan bahawa pentas ini memang milik kita bersama. Pendakian ini perlu diteruskan, perancangan kita perlu kita susun sebaik mungkin. Jadikan pertemuan ini satu yang amat berharga, biar kebajikan sesama rakan sebaya dapat kita ertikan setulus mungkin. Di lain ketika cermin usang akan berkongsi kesungguhan dan pengorbanan bagaimana yang boleh kita sumbangkan untuk melihat persatuan/pertubuhan/alumni ini menepati sasaran menurut fasal 4 perlembagaan .

No comments: