Friday, September 25, 2009

Cermin Usang '3'

Dalam banyak pertemuan, ada unsur menjuruskan agar kita bergerak dari sisi lain, umpamanya menubuhkan koperasi atau syarikat. Amat kerap kita menerbitkan nawaitu yang pelbagai, inilah cerminan yang perlu kita sama-sama gilap dan lihat apakah refleksinya kembali nanti. Rata-rata memberi reaksi positif malah amat extrim sehingga di satu tahap perbincangan, kita ingin melakukan apa yang dibincangkan itu seolah-olahnya keesokan hari………….tapi tidak kurang juga di setiap perbincangan, kita sering tersasar daripada topik.

Melihat anak-anak yang kian membesar, nampak diraut wajah mereka ada unsur ingin tahu apabila melihat blog kita ini. Begitu ingin tahunya mereka, malah amat menanti-nantikan bilakah kawan-kawan ayah nak buat hari keluarga lagi? Getus mereka setiap kali kami ada aktiviti luar. Tercermin di fikiran, bolehkah kita sandarkan apa yang ada di dalam blog kita ini agar menjadi contoh dan motivasi kepada mereka. Sekali lagi, berpaksikan ini, amat menuntut agar kita berfikir sematang yang mungkin sebelum bertindak, menulis malah meletakkan apa sahaja di dalam blog ini. Inilah sebahagian pengorbanan kecil yang mungkin boleh kita zahirkan buat masa ini. Sehingga di lain ketika……………..

anak-anak kita adalah cermin semulajadi kita.

1 comment:

Anonymous said...

akum. mmg dah lame x jmpa kengkwn sume. masih seronok beraya. minggu lepas de jmpa gak Khairul Azman, Amir, Faizal yg dtg ke umah Syikin. Syikin wat open house. aku sj dtg menolong.

aku harap laman kte ni x padam mcm tu. masih ramai lg yg tertinggal kat luar tu... lost contact. masih ramai lg yg dpt kte hubungi...

yg de pun, hanya berinteraksi di fb sj. bila agak nya dpt bertemu semula?? hanya Allah swt sj yg tau. klau boleh, biarlah dlm masa terdekat ni. masih de bau2 bacang suasana raya.

agak2, sape yg nk wat puasa 6 tu...dah boleh beraya, kan?? jd boleh lah difikirkan utk bertemu, wat majlis utk kte lak. x-student smsb84-88...

cam ne, Tomy? Amir? klau x pun, bg aku je yg anjur kan. cam ne? aku cari tmpat. nnt aku bg tau pd sume.

fikirkan lah. ok...
wslm...
Gedik