Tuesday, August 4, 2009

Cermin Usang '1'

November 2007 menyediakan pentas yang sungguh luas untuk kita menyusun langkah-langkah yang baik dan menyemai semangat untuk bersama-sama memikirkan apa yang baik untuk kita semua. Mari kita berkongsi sebahagian daripada deraf perlembagaan yang kita rangka agar tindakan kita selari dalam apa yang ingin kita lakukan di atas pentas ini.

Fasal 4 TUJUAN/MATLAMAT

1. Menyediakan platform dan saluran kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Selayang Bharu sessi 1984 – 1988 untuk berinteraksi serta bersilaturrahim , berintegrasi dan bertukar-tukar pandangan dalam satu organisasi yang matlamat akhirnya untuk melihat kesinambungan bakat dan kepakaran masakini digembleng untuk memajukan modal insan.

2. Menjaga kebajikan rakan seangkatan melalui sumbangan-sumbangan yang akan diusahakan secara agresif dan teratur serta mencari alternatif terbaik terhadap permasalahan ahli.

3. Mengatur serta menyelaraskan kolokium, latihan, seminar dan bengkel kerja kepada ahli serta anggota keluarga dari masa ke semasa menurut keperluan. Manfaat jati diri dititik beratkan demi menangkis gejala anasir negatif yang meruncing dewasa ini.

4. Menyediakan program usahasama dengan pentadbiran sekolah demi kemajuan prestasi pendidikan warga Sekolah Menengah Selayang Bharu.

Terkini, pendaftar pertubuhan meminta kita menghantar senarai ahli jawatankuasa yang baru untuk tindakan lanjut. Kita penuh yakin yang persatuan/pertubuhan/alumni ini bakal menjadi kenyataan. Pasca ini membolehkan kita bergerak lebih jauh. Sehingga di lain ketika, jadikan cermin usang ini refleksi untuk hijrah yang lebih baik.

2 comments:

Anonymous said...

a'kum... alhamdulillah.. dah de gak org yg mengutarakan apa yg nak di perkhabar kan. terus kan lah usaha tu.. mmg sy sokong dr awal lg..

sape lak yg nak jd ahli komuniti tu?? harap2 yg boleh menjlnkan tugas dgn baik spt yg lalu tu.
apa yg kurang kte perbaikki. ape yg baik kte tingkatkan lg, agar boleh memperkasakan lg alumni kte ni.

harap2 apa yg diusahakan itu adalah utk kebaikan bersama sama ada keluarga, kengkwn dan lebih2 lg alumni kte akan terus bernyawa.

sudah byk yg sy dgr.... yg baik mahupun yg buruk. kenapa mesti jd mcm ni?? tepuk dada, tanya selera. sy pun x boleh nak komen apa2. takut pula de yg tersinggung. sy pun bukan nya baik sgt... masih baru nak hidup..

tp, yg nyata sudah ada. lg terang mahu bersuluh...
semua ini?? jgnlah dipandang sebelah mata shj.. ambil tahu, nasihat dan lebih2 lg fikirlah sendiri. kte semua dah tua. lg 2 thn nak masuk 40thn...
klau x berubah?? smpai bila lg?? malu rasanya, bila dgr berita2 mcm ni.

kte kengkwn, beb.. dr sekolah lg. sy bangga punya kengkwn yg mcm ni. walaupun, sy x berjaya, suka dan seronok lg bangga dpt dgr kengkwn kte berjaya.. jd contoh yg terbaik dpan kengkwn, guru2, apatah lg, utk sekolah kte yg kta sanjungi..

sy de hadiri perjmpaan yg x rasmi anjuran En.Pojie di BBS. masih x dpt kte sepakat apa acara selepas ni. tp, masih boleh diperbincangkan lg di masa hadapan.

last sekali, maaf dipohon, sekiranya kata2 sy ni ada menyinggung perasaan sesapa.

wslm dr sy...
Gedik

tomy said...

Alhamdullillah.. setiap kata , setiap bicara akan kami usahakan cuma masa menjadi penghalang..kenyataan pasti kita harus hadapi walau sepahit rasa walau sesukar mana kita tetap tempuhi kerana hidup mesti di teruskan ..
yang pergi kita ratapi .. yang sakit kita ziarahi.. setiap ikhsan kita usahakan walau dengan sekelumit doa.. AMIN