Saturday, August 22, 2009

Setiap tahun Allah SWT memberikan kesempatan yang istimewa kepada hamba-hamba-Nya. Kesempatan itu hádala berkaitan fadhilat yang banyak dalam bulan suci Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan secara fitrahnya hati akan melonjak, roh akan bersinar dan bercahaya serta manusia siap untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, manusia adalah produk dan makhluk ciptaan Allah. Sebagai manusia kadang kala kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Sebagai produk ciptaan-Nya, maka Allah SWT Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan sebagai bulan khusus membersihkan dosa dan menerapkan nilai-nilai yang terpuji sebagai usaha kesinambungan membersihkan diri dan mengembalikan fitrah akhlak manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Selari dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, maka hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling utama, malam-malamnya adalah malam yang paling utama dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Dengan demikian wahai jemaah sekalian, marilah kita dengan niat yang tulus dan hati yang suci memohon dan berdoa agar Allah membimbing kita melakukan puasa dengan penuh agar mampu membentuk insan yang bertaqwa.

Tuesday, August 4, 2009

Cermin Usang '1'

November 2007 menyediakan pentas yang sungguh luas untuk kita menyusun langkah-langkah yang baik dan menyemai semangat untuk bersama-sama memikirkan apa yang baik untuk kita semua. Mari kita berkongsi sebahagian daripada deraf perlembagaan yang kita rangka agar tindakan kita selari dalam apa yang ingin kita lakukan di atas pentas ini.

Fasal 4 TUJUAN/MATLAMAT

1. Menyediakan platform dan saluran kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Selayang Bharu sessi 1984 – 1988 untuk berinteraksi serta bersilaturrahim , berintegrasi dan bertukar-tukar pandangan dalam satu organisasi yang matlamat akhirnya untuk melihat kesinambungan bakat dan kepakaran masakini digembleng untuk memajukan modal insan.

2. Menjaga kebajikan rakan seangkatan melalui sumbangan-sumbangan yang akan diusahakan secara agresif dan teratur serta mencari alternatif terbaik terhadap permasalahan ahli.

3. Mengatur serta menyelaraskan kolokium, latihan, seminar dan bengkel kerja kepada ahli serta anggota keluarga dari masa ke semasa menurut keperluan. Manfaat jati diri dititik beratkan demi menangkis gejala anasir negatif yang meruncing dewasa ini.

4. Menyediakan program usahasama dengan pentadbiran sekolah demi kemajuan prestasi pendidikan warga Sekolah Menengah Selayang Bharu.

Terkini, pendaftar pertubuhan meminta kita menghantar senarai ahli jawatankuasa yang baru untuk tindakan lanjut. Kita penuh yakin yang persatuan/pertubuhan/alumni ini bakal menjadi kenyataan. Pasca ini membolehkan kita bergerak lebih jauh. Sehingga di lain ketika, jadikan cermin usang ini refleksi untuk hijrah yang lebih baik.